June 1, 2023

Aku sebatang pokok kelapa. Aku hidup subur di bawah sinar matahari yang panas. Aku mempunyai batang yang menegak tinggi dan daun aku panjang. Pelepah hijau aku bergoyang ditiup angin seolah-olah memberi isyarat kepada orang yang lalu-lalang untuk berehat di bawah naungan aku. Bukan manusia sahaja yang mendapat manfaat daripada aku, banyak haiwan bergantung kepada aku untuk makanan. Di dalam buah aku mengandungi banyak air yang dapat menghilangkan dahaga.

Semua orang mengenali aku kerana aku sangat terkenal di seluruh dunia. Aku dikenali kerana mempunyai banyak kegunaan dan telah digunakan selama berabad-abad sebagai ramuan dalam pelbagai hidangan masakan. Aku juga boleh dijadikan minyak dan diproses menjadi pelbagai produk. Selain rasa yang lazat aku juga mempunyai nilai pemakanannya yang tinggi kerana aku kaya dengan vitamin dan mineral. Aku rasa berbangga dengan diriku kerana banyak memberi faedah kepada hidup manusia.

>>> Dapatkan Koleksi Contoh Karangan Terkini di Channel Telegram >> https://t.me/koleksikarangan

—————— Perhatian : Karangan Pendek ini hanya contoh untuk anda/pelajar mendapatkan idea untuk menulis sahaja. Dilarang meniru keseluruhan karangan ini. Sila periksa tatabahasa ayat dan sila sesuaikan mengikut format karangan pendek. Pihak kami tidak menanggung kerugian atau apa sahaja yang berlaku sekiranya menggunakan contoh karangan ini………………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *