June 1, 2023

Aktiviti riadah adalah penting untuk kesejahteraan fizikal dan mental setiap individu. Terdapat banyak pilihan untuk aktiviti masa lapang yang boleh dipilih dan bersesuaian dengan minat dan gaya hidup. Salah satu aktiviti masa lapang yang saya lakukan ialah senaman seperti berlari dan berbasikal. Ia mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk tahap kecergasan yang baik dan tahap tenaga meningkat. Saya juga suka bersukan terutamanya bermain badminton dan bola. Aktiviti berasaskan sukan seperti ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal tetapi juga menggalakkan semangat berpasukan dan pergaulan. Namun, bagi mereka yang lebih suka bersendirian terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat iaitu membaca buku di taman atau melukis di tempat-tempat yang menarik.

Selain daripada aktiviti bersukan, saya juga gemar keluar bersama rakan-rakan untuk menonton wayang. Jika ada masa terluang , aktiviti yang lebih mencabar yang saya suka lakukan seperti mendaki bukit atau berkhemah berhampiran tasik atau sungai. Namun, keselamatan perlu dititikberatkan dan perlu mendapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman.

>>> Dapatkan Koleksi Contoh Karangan Terkini di Channel Telegram >> https://t.me/koleksikarangan

—————— Perhatian : Karangan Pendek ini hanya contoh untuk anda/pelajar mendapatkan idea untuk menulis sahaja. Dilarang meniru keseluruhan karangan ini. Sila periksa tatabahasa ayat dan sila sesuaikan mengikut format karangan pendek. Pihak kami tidak menanggung kerugian atau apa sahaja yang berlaku sekiranya menggunakan contoh karangan ini………………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *